Saturday, 5 November 2011

d' pagi raya

aku membuka mata pada jam 6.30 pagi setelah dikejutkan oleh ibu untuk menunaikan solat subuh di pagi raya aidiladha ini. setelah selesai solat subuh aku duduk di atas sofa dan menyemak inbox di dalam hp ku. pantas aku menghantar ucapan selamat hari raya pada rakan-2 ku. dan terutamanya syafiq, shahrul dan izham osman.di samping mengajak mereka untuk datang ke rumahkusambil mempromot beberapa jenis kuih muih yang ibu buatkan.dengan harapan syakirin, habibah dan juga rakan-rakan ku yang lain akan hadir. tidaklah aku kesunyian di rumah seorang diri.aku terlelap semula dan terbangun pada jam sekitar 9.00. aku kemudiannya diminta oleh angah untuk membasuh lantai di bilik air. entah apa pekerjaan yang sudah dia lakukan sehingga boleh menyuruh aku. aku pula dilayan seperti orang gaji sewaktu membasuh itu oleh kakakku. seperti biasa bersarapan seorang dri. dan melayan netbook sambil mendengar lagu juga berbual dengan syafiq serba sedikit. kini aku sedang memikirkan bagaimana caranya untuk aku menjelaskan tentang hubungan aku dengan shahrul dan juga hadiah yang aku bawa dari cameron itu?





sedang aku menulis blog ni, ada pula yang memberi salam. rupanyajiran tetangga ku yang telah lama ku kenali. malah aku sering bermain dengan mereka sewaktu mereka masih kecil. aku dengan keadaan bertuala ini berlari ke dapur sambil memberitahu kakak-kakak ku tentang kehadiran mereka. kemudian mereka yang menguruskan semuanya sambil aku terpaksa terperap di bilik air oleh kerana aku tiada seluar dan hanya berkeadaan bertuala. pelbagai fikiran muncul di hadapan ku malah kakak ku mengatakan bahawa rakan ku mencari aku. aku terpaku dan terdiam kerana tidak tahu apa yang perlu dkatakan. kakak ku pula berbohong bahawa aku sedang nyenyak tidur d dapur. tdak mengapalah.  selepas itu, kakak ku menghulurkan ku sehelai seluar.aku memakai dan bertenyakan kepada kakak ku, apa yang patut ku berbual dengan mereka yang telah lama aku tidak berjumpa. sedang bersembang, rakan ku itu datang ke dapur menghantar dulang yang berisi minuman.aku terkejut kerana dia telah melihat sosok ku di hadapannya. yang tadi ku katakan aku tidur tapi sekarang? aku penat kerana terpaksa berlakon di hadapannya bahawa aku baru sahaja bangun dar tidur. setiap perbualan kami aku asyk mengatakan bahawa aku masih mengantuk.kemudian, muncul lah abang-abangnya dar ruang tamu dan mereka masing-masing  berkata aku semakin tembam dan gemuk.! sial gila.. nasb badan. ok itu sahaja. bye

No comments:

Post a Comment