Tuesday, 25 October 2011
berhentilah menjatuhkan maruah aku, ibu dan ayah
kejadian berlaku pada jam 10.30 pagi pada hari jumaat iaitu 21/10/11. Habibah dan aku berjalan berdua sambil diiringi gelak taw yang manis didengar orang ramai. kami berjalan menuju ke sebuah quaters guru yang terletak kira-kira 2 km dari asrama aspuri. wah, meriahnya mendengaq perbualan kami berdua. kami emudiannya memberi salam pada rumah usang itu. muncul lah seorang guru lelaki iaitu warden asrama. sungguh akrab kami mengenali wajah dia dan perangainya yang agak garang itu. kami kemudiannya meminta tandatangan bagi pelajar-pelajar yang ingin keluar membeli barang dan kami berdua yang ingin pulang sebentar. seronok benar melihat tangan guru itu menandatangani buku merah kami. itu sudah memadai bagi kami untuk pulang mengambil beberapa barang. sudah adat apabila berjumpa, tidak mungkin hanya berbicarakan hal-hal penting sahaja. saya dan habibah pula berbual tentang beberapa soalan. namun, ada juga serba sedikit soalan yang diajukan oleh warden itu kepada saya. tetapi soalan itu sungguh tidak di sangka-sangka kerana apa yang ditanya adalah ''mengapakah wajahmu ada di dalam handphone yang aku rampas dari aspura baru-baru ini?'' astaghfirullah. sungguh tak ku duga. pertanyaan itu membuatkan aku hampir menangis. tapi apa yang difikirkan adalah, aku tidak wajar untuk menangis kerana aku bukan lemah. aku berbual dengan lebih lama memandangkan cikg pula terus menerus menceritakan tentang gambar ku. aku memikirkan adakah gambar itu berdua atau hanya aku seorang? menutup aurat atau tidak? kemudiannya, aku digertak oleh cikgu untuk mencetak gambar tersebut demi ditunjukkan kepadaku dan juga ayah. aku sangat khuatir jika gambar itu dapat disampai di pangkuan ayah. aku tahu, apa jua alasan yang aku berikan ayah tidak akan pernah memahami aku. dia hanya terus memarahi aku tanpa memikirkan hal yang logic. tuhan selamatkan aku dalam hal ini.setelah itu, aku pulang dengan air mata yang melimpah ruah tanpa henti. pipi aku telah basah sejak perbualan kami tamat. aku melalui kawasan aspura dengan hati yang berdebar siapa tahu mereka akan dapat melihat tangisan seorang wanita lemah ini. aku kemudian berjmpa dengan Luqman yang terlibat. cikgu telah pun menyatakan bahawa handphonenya telah dirampas semasa study. aku tidak mampu berkata apa-apa lagi. peneman setia aku, habibah yang bercakap dengannya. namun jawapannya hanyalah sekadar biasa. ''itu bukan handphone ku yang cikgu rampas. handphone Ahladz zikry.'' ya allah..! banyak benar tanda tanya dalam diriku. Ahladz pula dipanggil habibah. kemudiannya dia mengatakan gambar itu aku seorang. namun dia tidak dapat mengingati menutup aurat atau tidak kerana itu handphone lama. tidak mengapalah. aku hanya menahan tangisan yang sudah cukup sebaldi ini. keesokkan harinya seperti yang dijanjikan aku dan cikgu, kami keluar awal pagi untuk berjumpanya. katanya, dia hendak menunjukkan aku gambar itu. tetai kelibatnya tidak juga kelihatan. sudah satu sekolah kami pusing . mungkin dia menjaga kelas yang sedang menjalani peperiksaan. kami pun berjalan dan berjalan mungkin akan terjumpa. akhir sekali kami terlihat kelibatnya sedang menuju ke bilik makan cikgu. kami bersua muka namun harapan aku hampa. dia mengatakan gambar itu belum dicetak dan meminta aku datang pada esok hari. ya allah, tidakkah penat aku keluar memusing dan memutar satu sekolah hanya untuk melihat sekeping foto itu? tidak mengapalah, mungkin cubaan. aku bersabar dan terus bersabar. pada isnin, 23/10/11 aku keluar seperti kelmarin dan menunggnya di hadapan biliknya. dia pula turun dari tangga pejabat dan membuka kunci pada biliknya. kononnya ingin menunjukkan aku gambar itu. tapi apa daya, seorang guru yang sangat sibuk. gambar ku masih terlekat di dalam kompter di rumahnya. aku masih perlu menunggu hingga moodnya sampai untuk mencetak ia. sabar sahaja lah dahlia. tidak ada yang lebih bermakna selain dari maruah aku dan ibu. aku kini hanya menunggu keputusan dri guru. apakah aku akan dikenakan hukuman yang berat atau dilepaskan begitu sahaja? tetapi, setelah sehari berlalu, pada pagi jam 10.00. aku mendapat berita bahawa dia menyamakan aku dengan seorang pelajar yang telah melakukan masalah disiplin. apa yang dikatakannya? '' kau sama sahaja dengan pelajar tingkatan dua itu. menyebarkan gambarnya pada aspura dan ditangkap oleh cikgu asrul'' sungguh kurang ajar kata-katanya itu. aku menangis lalu menelefon ibu. sungguh malang apabila aku dengar berita itu. apakah kau fikir aku rela hati menyerahkan gambar milikku pada orang yang belum aku kenal? apakah kau fikir aku terlalu murah menjual foto milikku? aakah kau fikir aku perempuan murahan tidak bermaruah ingin melakukan perkara sebodoh itu? fikirkan sejenak cikgu, jika aku benar-2 memberikan itu dengan rela hati, mengapakah aku beria-ria hendak melihat gambar itu? mengapakah aku masih senyum ketika bertemu denganmu? mengapakah aku masih memandangmu sebagai seorang guru jika aku tahu kesilapan itu terlalu besar? kini masalahnya adalah aku sama sekali tidak tahu bahawa gambar aku terlepas di tangan orang lain. sejak itu, aku telah memadam kesemua gambar milik ku di dalam facebook. selamatkan aku ya allah. jangan engkau biarkan aku terperangkap dalam kejadian tidak sopan ini. aku ingin buktikan kebenaran bahawa aku tidak bersalah.. cikgu, janganlah kau menghina anak muridmu sebegitu sekali. aku sedih mendengar leteran kau yang menyakitkan hati itu. maafkanlah aku cikgu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment