farah nasuhawalaupun aku x suka dia, tapi dia tetap bagi inspirasi untuk aku. aku bersyukur atas apa yang aku usahakan malam itu, berjaya dan hasilnya dapat dinikmati hingga hri ini. petang tu dekat sekolah, farah tanya bibah yg dia nk tidoq dengn aku.bibah bagi alasan mengarut. dia cakap kami dua ada kutu. farah kata dia sanggup. ok, bibah x da alasan dah. petang balik sekolah, dia bagitaw aku nk tidoq ngn aku, aku jwb benda yg sama. pastu aku menmbh-nambah lagi yg aku ada kayap. dia kta x kesah jugak. akhirnya malam tu, kami bersepakat ramai-ramai untuk memperdayakan dia. seperti yg dirancgkn, bibah pura-pura tidur. aku menunaikan solat isyak. belum sempat melarikan diri dia dah muncul di dalam kamar kami. aku selesai solat, fatihah meminta aku untuk menoleh ke belakang. kemudiannya, aku terlihat kelibat farah. aku lari tanpa membawa bersama telekung. aku yg sedg berpakai baju kurung ini menyorok di balik kain baju yang digantungkan di katil.kain telekung aku disambut pula oleh fatihah. keadaan dalam kamar jadi gelisah apabila ada di antara mereka yg terpedaya dengan tipu helah aku. ''mana kak dahlia? tadi bukan solat?'' ''x taw. tadi dia solat mana p dia?'' ''aik? kak dahlia hilang dah?'' ''dia tidur kat luar kot'' 'x nampak pulak dia lari keluar'' keadaan menjadi tegang seketika. fatihah mula membuka cerita mungkin sahaja aku berada di luar. untuk meloloskan diri aku, fatihah memnta natasha untuk membawa farah keluar. oleh kerana aku ingin menggantikan pakaian. aku yg dlm keadaan panas ini, hanya berpakaian serba singlet dan seluar feat supaya tidak kelihatan kelibat baju ku. mereka mengambil masa yg lama, namun akhirnya dia keluar dengan sendiri. aku berlari di tepi kamar untuk ke loker ku, dengan segerenya aku menarik seluar panjang untuk dipakai. apabila pusing ke belakang, ain memberi isyarat mata kepadaku menunjukkan farah berada di sini. aku tidak faham. tetapi apabila hendak memakai seluar, aku ternampak farah sedang menunggu ku di atas katil untuk tidur bersamanya. alangkah terkejutnya aku, aku kemudian berlariperlahan-lahan di sebalik baju-bju yang tersidai di pinggir katil. melihatkan suasana menjadi bertambah tegang apabila mereka mendapat tahu aku tidakk ada di merata-rata. lebih tegang lagi apabila farah tidak mahu keluar dari kamar itu. jadi mereka beramai-ramai membawa dia keluar dari situ smbil meronda-ronda. akhirnya, aku berlari untuk naik di atas katil untuk berpura-pura tidur bersama bibah. namun, dia telah bertukar kamar ke kamar harmoni. aku berasa lega. aku dan bibah turun sambil melepak di bangku kosong di hadapan aspuri.cemburu juga aku dengan bibah. lakonannya hanyalah tidur. sedangkan aku perlu berlari ke sana ke sini. tambahan membohongi orang pula.
natasha
dia meminta aku untuk menemaninya berjumpa dengan fakrul razy, sahabat baik. namun, setelah pertemuan yg berjaya, mereka diam seribu bahasa. aku turut menyampuk perbualan mereka yang terlalu sedikit. namun, mngkin pada natsha perbualan aku dengan fakrul terlalu memnuhi kotak bual mereka pada hari itu. sedgkn jika aku tidak bicara pastinya keadaan sunyi belaka.kami berjalan ke surau dan fakrul memnggil aku untuk kesana. aku hanya turut. hal natasha juga yg ditanya. sedangkan pada itu, aku berbual bersama--sama ahladz . tetapi keadaan bertambah teruk apabila adik-adik yang lain mengatakan bahawa natasha menangis. aku berlari bersama bibah untuk mendapatkan natasha yang berpatah balik di bilik asc. oh rupanya dia marah pada aku, kerana berbual terlalu lama dengan fakrul. tidak ada bukti sudah main tuduh. sungguh aku tidak faham apa yang dia inginkan pada aku. hingga kini, tiada info mengatakan yang dia marah walhal aku sendiri sudah menanyakannya. aku tahu dia berkecil hati padaku, oleh itu aku langsung tidak berbual dengannya. sudah bermacam cara aku tanya dia, namun jawapannya tidak ada apa-apalah.tak salah aku 3 hri berturut-turut dia menangis. dan kini mereka telah memutuskan hubungan mungkin kerana aku.
habibah
dia selalu mendapat layanan istimewa daripadaku. pada aku, dialah antara kawan yang paling beruntung untuk berteman bersamaku. wajarlah jika dikatakan kami berdua sangat akrab. apabila hendak tidur, aku akan mengipasnya dengan buku sambil berbual kosong. hmpir setiap malam aku melakukan itu. dia juga penerima setia aku, walaupun aku tahu untuk menerima aku dalam kumpulan itu memang sukar. dia juga telah memperkenalkan aku bersama rakan-rakannya yang lain. oh, bru ku tahu ternyata rakan-rakan mereka ini tidak sudi menerima aku. tetapi oleh kerana berbual, mereka lama-kelamaan semakin boleh menerima aku. manakan tidak, aku sering menjamu makanan kepada mereka. walaupun 6 orang, aku memberikan makanan ku kepada semua. tidak perlu berbelah bagi. aku juga menjadi pendengar setia mereka. pada mereka, akulah yg sering menyelesaikan masalah mereka semua. ada juga yg mengaku padaku bahawa mereka salah sangka trhadap aku sebelum ini dengan mengatakan aku sombong.padahal hal ini hanya didengari oleh ramai orang sebelum smpat berteman dulu. namun aku sangat bersyukur, dapat bersama orang-orang yang positif. bibah jugalah yang paling beruntung kerana aku tidak pernah menghabiskan wang saku aku untuk orang lain, tetapi untuk dia aku membelikan pelbagai makanan.ada sahaja yang aku sua untuk dia makan. kek coklat, ais conneto dan macm-mcm lgi. pada aku, sungguh aku inginkan belaian manja tersebut dri ibu dan ayah. jika aku tidak pernah melayan adikku, maka aku sangat menganggap habibah adikku. kerana aku mempunyai dua org adik namun tidak pernah ku pedulikan. kerana mereka akan berperang mulut dengan setiap hari. malah setiap masa.selalu juga aku mengurut lengannya yang sering sakit-sakit.
jika beginilah layanan aku pada orang, apa pula yang ku dapat dari mereka. bibah hanya sanggup berkorban sedikit sahaja demi aku.natasha pula tidak pernah faham siapa yang menyatukan mereka. kemudian senang lenang dia menyalahkan aku.farah pula tidak pernah mengerti aku. aku tidak suka hidup dikongkong. inilah punca aku di arama. aku tidak suka hidup ku diatur terlalu ketat. tidak bolehkah dia biarkan aku ubebas melakukan kerja sendri? aku hanya mampu berdoa natasha menerima maafku. aku juga hanya mampu menunggu apakah balasan baik daripada org ramai untukku atas segala perbuatan manja ini.aku bru mendapat satu layanan baik dari salah seorang adik-adikku.namun tidak pasti ini akan kekal.
syakirin
dia mendapat tahu aku pening kepala pada pagi tadi. kemudiannya, dia terlihat aku untuk pergi ke dewan makan. ya allah sungguh tak ku sangka, dia memaksa aku untuk tidur dan membiarkan dia mengambil makanan untukku. puas aku menjelaskan bahawa keadaan aku sudah stabil. namun apa daya, dia langsung tidak memahami dan bertegas dengan pendiriannya.akhirnya aku akur dengan permintaannya. nasi sampai, dua tong.? penuh lh perut aku makan nasi dia. sampai sekarang pukol 4 lebih aku masih terasa kenyang.
No comments:
Post a Comment